Carian
Siapa Di Talian
We have 1 guest online
Keahlian | Keahlian SWAM
Keahlian SWAM
Faedah Menjadi Ahli SWAM
- Berpeluang memperolehi pendapatan yang lumayan sebagai seorang penulis skrin profesional.
- Berpeluang mencipta nama sebagai salah seorang pengamal industri filem yang penting. Anda adalah "arkitek impian" bagi industri.
- Berpeluang mempelajari selok belok urusan menjual karya anda di samping mengelakkan karya anda daripada menjadi mangsa lanun hakcipta.
- Berpeluang berjumpa dan bertemubual dengan penulis-penulis skrin yang berjaya dan berpengalaman untuk mendapatkan nasihat dan petunjuk.
- Berpeluang mengikuti kursus, seminar dan bengkel dengan percuma atau dengan harga diskaun.
- Berpeluang mempercepat proses menimba ilmu dan kemahiran melalui pertemuan bersemuka dengan ahli-ahli lain.
- Berpeluang membuktikan komitmen untuk memberi sumbangan dan memartabatkan kerjaya bidang penulisan skrin yang anda minati.
- Berpeluang dipilih memimpin SWAM melalui Mesyuarat Agung setiap dua tahun untuk membawa penambahbaikan dan perubahan positif yang menguntungkan semua ahli dan persatuan.
Jenis Keahlian Dan Bayaran Yuran
| 1. | AHLI AKTIF |
|
| a) | Seorang individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang penulisan skrin dan pada pendapat ahli jawatankuasa persatuan boleh menyumbang kepada pembangunan penulisan skrin atau yang dapat memberi manzfaat kepada SWAM dan ahli-ahlinya; atau |
|
| b) | Seorang pegawai atau kakitangan dalam bidang penyiaran, perbadanan atau dari agensi perfileman yang terlibat dengan penulisan skrin. |
|
| Yuran Keahlian: RM 50.00 Setahun |
||
| 2. | AHLI SISWA |
|
| Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Penulisan Skrin di mana-mana kolej, universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dan Industri Kreatif Malaysia. Ahli Siswa tidak boleh menjadi ahli jawatankuasa dan tidak mempunyai kuasa mengundi. | ||
| Yuran Keahlian: RM 20.00 Setahun |
||
| 3. | AHLI BERSEKUTU |
|
| a) | Terbuka kepada individu yang menjadi ahli atau menyertai pertubuhan industri kreatif yang lain boleh memohon untuk menjadi Ahli Bersekutu; atau |
|
| b) | Mempunyai Diploma, Ijazah, Masters atau PHD dalam bidang Penulisan Skrin daripada mana-mana kolej, universiti atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau Industri Kreatif Malaysia; atau |
|
| c) | Seorang Penulis Skrin yang pernah dan masih aktif bekerja dalam bidang penyiaran di television / radio atau di skrin teater; dan karyanya telah diterbitkan atau telah ditayangkan di pawagam atau di badan penyiaran tertentu. | |
| Yuran Keahlian: RM 350.00 Setahun |
||
| 4. | AHLI SEUMUR HIDUP |
|
| Ahli Aktif pertubuhan ini yang dicadangkan oleh jawatankuasa dalam mesyuarat untuk menjadi Ahli Seumur Hidup. | ||
| Yuran Keahlian: RM 500.00. (Yuran Tahunan dibayar penuh semasa menjadi Ahli Seumur Hidup) | ||
Download borang Permohonan Untuk Menjadi Ahli SWAM (pdf format: 54 KB)
Download borang Permohonan Untuk Pembaharuan Ahli SWAM (pdf format: 42 KB)
Yuran Pendaftaran
Yuran pendaftaran untuk menjadi ahli adalah sebanyak RM100.00; dan dibayar SEKALI SAHAJA semasa pendaftaran keahlian.Cara Pembayaran Keahlian
Pembayaran boleh dibuat secara tunai di pejabat SWAM atau menggunakan cek atau wang pos di atas nama "Persatuan Penulis Skrin Malaysia" atau "SWAM" atau dibank-in terus ke akaun kami di Maybank (Damansara Damai), No akaun: 512790501010.
