Carian
Siapa Di Talian
We have 1 guest online
Mengenai | Komitmen & Strategi
Komitmen & Strategi
Komitmen SWAM
Komitmen SWAM yang paling menonjol ialah kegiatan aktifnya sejak ditubuhkan mengelolakan pelbagai kursus, bengkel, ceramah dan seminar yang menyentuh bidang penulisan skrin untuk industri kandungan kreatif. SWAM komited dengan strategi membangunkan modal insan serta mempercayai bahawa bidang penulisan skrin adalah ibu atau inti terpenting bagi sesebuah kerja kreatif – baik filem, program TV mahupun bentuk-bentuk lain karya kandungan kreatif.
Atas kepercayaan ini, SWAM menggunakan tag-line "INDUSTRI SKRIN BERMULA DI SINI". SWAM ingin melahirkan lebih ramai penulis skrin yang terlatih dan bertaraf global.
Strategi
SWAM telah menyusun tujuh strategi dalamusahanya untuk menbangunkan masyrakat penulis skrin bertaraf global: -
| 1. | Mendapatkan Pengiktrafan bagi SWAM dan ahli-ahli SWAM daripada Kerajaan, Industri, Stesyen Penyiaran, Institusi Pelajaran, Penerbit dan sebagainya, |
|
| 2. | Memperjuangkan karya dan hak ahli, |
|
| 3. | Meningkatkan kualiti karya ahli dengan memberi penekanan kepada aspek daya bina melalui pembelajaran kepada bakal penulis dan latihan semula kepada penulis sedia ada. |
|
| 4. | Menganjurkan kuliah, bengkel, ceramah, seminar, forum kepada penulis yang sedia ada. |
|
| 5. | Networking atau perjumpaan dengan orang-orang berkuasa dalam industri penerbit, pegawai-pegawai stesyen television, pelabur dan institusi perbankan, pengarah dan sebagainya. |
|
| 5. | Networking atau perjumpaan dengan orang-orang berkuasa dalam industri penerbit, pegawai-pegawai stesyen television, pelabur dan institusi perbankan, pengarah dan sebagainya. |
|
| 6. | Berinteraksi dengan karyawan-karyawan serantau dan global; dan |
|
| 7. | Melahirkan masyarakat yang cintakan filem, terutama sekali dari kalangan remaja tanahair, dengan menganjurkan aktiviit filem. |
|
